Sunday, 21 July 2013
Suka atau benci?
Bilamana kita dilanda masalah hati, kita sering membuat keputusan yang agak mengecewakan. Kita bertindak tanpa berfikir dan selalu emosi dan kita sering mendahulukan apa yang kita rasa. Kurang menitikberatkan kenapa perkara itu berlaku dan apakah rasional nya.
Adalah lebih baik sesuatu perkara itu dibincangkan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Bincang dengan baik agar persetujuan akan tercapai dan semua pihak akan berpuas hati. Tiada yang akan menyalahkan antara satu sama lain. Jika kita cuma memikirkan tentang diri kita sendiri, kita akan membuat keputusan yang berat sebelah. Pastinya akan ada suara-suara sumbang dan hati-hati yang tidak gembira dengan keputusan kita.
Sebagai manusia kita tidak lari daripada membuat kesilapan. Tiada manusia yang 'perfect' kerana kita semua ciptaanNya. Kita kena bertanggungjawab dalam setiap perkara yang kita lakukan, baik atau buruk. Tindakan mengelak bukan lah suatu keputusan yang bijak kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah lain dan akan memburukkan keadaan.
Oleh itu, kita perlu muhasabah diri dan fikir balik segala kebaikan yang kita perolehi dari sesuatu itu. Boleh jadi perkara yang buruk mengenai sesuatu itu terjadi atas kealpaan dan kesilapan kita sendiri, kita tidak tahu. Allah yang Maha Mengetahui. Tidak perlu menuding jari dan merasa kita yang betul, kerana satu jari yang menunjuk kepada perkara itu manakala empat jari kembali kepada kita.
Renungkan lah dan semoga kita mendapat keampunan dari Allah SWT. Redha dengan ketentuanNya.
Bersabarlah hati. Inshaa Allah pasti semua akan jadi lebih baik. Yakin dengan janji Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment